2008 - MEMPERKASAKAN
KOMUNITI BERPENGETAHUAN

 

Pusat Internet Desa Tanjong Malim mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. Laman Web yang bertemakan identiti tempatan ini dibina untuk memberikan informasi dan maklumat mengenai Tanjong Malim, aktiviti dan penduduknya.

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi adalah berhasrat untuk menjadikan PID sebagai Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dan seterusnya merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Community Knowledge Network). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PID diberikan tugas untuk mempaparkan satu laman web yang berindentitikan tempatan di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

Di masa hadapan, Kementerian berhasrat menjadikan PID sebagai pusat untuk pelbagai  perkhidmatan seperti berikut:

 e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Govenment)
 e-Pembelajaran (e-Learning)
 Pengumpulan dan pertukaran maklumat
 Pusat Komunikasi
 Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
 Pusat peperiksaan dan persijilan.

INFO PID TG MALIM


INFO KOMUNITI
TG MALIM